MISBAH AL FALAH ENTERPRPISE (001998643-U)
BLOK K 0-19, TAMAN SETIA BALAKONG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
TEL:019-4769226 EMAIL : MISBAHALFALAH@YMAIL.COM
WEB : ALQURANTAJWID2010.BLOGSPOT.COM
Misbah Al Falah Management merupakan sebuah syarikat yang menguruskan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain dari rumah ke rumah,pejabat swasta dan kerajaan.modul utama yang di bangunkan memberi fokus kepada kecemerlangan diri,keluarga dan organisasi untuk melahirkan generasi celik Al-Quran di Selangor khasnya dan Malaysia amnya. Misbah al-falah memberi fokus kepada pengetahuan dan kemahiran membaca al-quran secara baik, elok dan betul dan memberi pendedahan tentang pengetahuan-pengetahuan asas di dalam Islam. Sepanjang tempoh penubuhan Misbah Al-Falah Enterprise ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana pelajar-pelajar yang ingin mempelajari dan memperelokkan bacaan Al-Quran dan pengetahuan asas Fardhu ain sentiasa bertambah dari sehari ke sehari yang terdiri dari pelbagai lapisan umur bermula dari kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.
Proses pembelajaran ini amat berkesan dimana didalam satu masa pelajar didalam kumpulan tidak melebihi 3 orang untuk 1 sesi pembelajaran dan setiap sesi mengambil masa selama1 jam. Dalam kelas Al-quran pelajar-pelajar akan diajar secara individu dengan menggunakan kaedah “tasmik” (mendengar) dan “syafawi” (mengikuti), pelbagai lagi kaedah mengikut tahap pelajar. Bagi kelas asas Fardhu Ain pula pelajar akan diajar,diberi penerangan,praktikal dan mengadakan sesi soaljawab bagi setiap bab pelajaran. Dengan barisan ustaz dan ustazah yang berpengalaman luas serta mempunyai tauliah.yang terdiri dari lepasan pondok,kolej dan university, pihak kami bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada pelajar-pelajar.
Dengan ramai golongan-golongan yang buta al-Quran kerana arus kemajuan yang begitu pesat mereka mencipta pelbagai alasan tidak sempat dan juga malu berjumpa ustaz atau ustazah untuk mempelajari Al-quran dan asas-asas pengetahuan didalam Islam sehingga mengabaikan Kitab suci Al-quran. Yang Akhirnya ramai golongan yang terjerumus dalam masalah keruntuhan akhlak yang akhirnya akan merugikan masyarakat khususnya Negara pada amnya. Mudah-mudahan dengan wujudnya Misbah Al-Falah Enterprise diharapkan dapat membantu masyarakat dan usaha-usaha pihak kerajaan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia malah berjaya di akhirat.